Followers

Thursday, 12 June 2014

baju marmut cute

kali ni nak share, baju baru pula...zura beli baju MARMUT CUTE ☺☺
Marmut cute adalah nama sebuah group di facebook yang menghimpunkan penternak dan pencinta tikus belanda berkongsi pengalaman dan permasalahan berkaitan tikus belanda atau lebih dikenali guinea pig ♥♥
murah je zura beli, sehelai cuma rm15 sahaja untuk size dewasa, untuk kanak² lebih murah rasanya..
zura beli baju ni dari sahril banting..tqvm boss


inilah bajunya ♥ Marmut cute ♥
ada pelbagai warna tau.
cantik!!
terima kasih sahril & nisa ☺
bergaya dgn baju MC!! ekekeke
ILHAM-ank kpd sahril banting,dah tentulah dr banting :)
NABILA & FIEZA-dari kulim
IKA- yg ini ank saya ehehehe
EJAY- dari JB
ZENT & POJI -zent dr sabah tp tinggal di klang,
poji dr klang tp bekerja di kulai,johor.
MIZI - mizi ckp dia malu nk tunjuk muka,so tunjuk gp lah ehehe


sekian,terima kasih... :)











Wednesday, 30 April 2014

sangkar #arnab dah bertukar

yeayyyyy!! sangkar arnab dah bertukar yang baru...hehehe tapikan, yang sebenarnya zura lebih sukakan yang lama..sebab dia warna PINK..kih3  tapi nak buat macam mana kan..sangkar tu dari besi,mudah karat dan dah patah...kalau lah sangkar yang baru ini boleh bertukar kepada pink atau purple kan best...
tak apa lah... janji sangkar tak karat dan patah dah..

tarraaaa sangkar  arnab baru hehe yang kat bawah tu,
zura letak arnab...yang kat atas zura letak guinea pig..

ada dua..belum siap kemas lagi..
nampak sangat tak sabar...kih3
yang lagi satu tu nak alih ke belakang..
tak nak penuh sangat depan rumah..

sob sob sob... ini sangkar pinky zura..
yang paling zura suka..
kena terima hakikat, ia terpaksa dilupuskan..
huwaaaaaa

ada dua warna.. satu pink dan 1 lagi purple..
yang purple ni zura tak berapa suka..hahaha
yang ni pun kena lupus gak..
berat deh mengangkatnya...

Tuesday, 29 April 2014

#rabbit - di mana ada kemahuan di situ ada jalannya - usaha tangga kejayaan

  saya sangat menghargai dan berterima kasih atas kunjungan rakan² baru atau lama ke rumah mahupun ke blog..kerana kunjungan kamulah yang membuat saya terus kekal di sini..baru² ini ada kunjungan rakan arnab baru ke rumah,beliau dari kajang..bermula dari kunjungan di blog ini,kemudian dalam talian dan seterusnya hadir di depan zura..zura seronok bila,dia kata ingin memulakan penternakan arnab.
bila dapat kawan baru sama hobi mahu tak seronok.. sembang berejam,tak ingat...hehehehe
beliau sudah sedia maklum tentang baka² arnab yang pure mahupun mix..ini menandakan beliau memang rajin research..paling zura terkejut bila beliau mengeluarkan sesuatu dari kereta.. jeng jeng jeng...ini adalah pertama kali zura melihatnya...sebuah buku...kih3.. ehhhh silap,berbuah buah buku...yang beliau sendiri printscreen dari ke semua blog² arnab yang ada.huhhh rajin sungguh dan bersemangat... cayalahhhh.. katanya untuk kegunaan beliau sendiri..bila duduk² tengok tv tu boleh belek².baca sambil kongsi dengan anak².

paling tebal copy dari blog tn hj ismail, taman arnab bukit badong.hehehe
kau hado??? kalau zura memang takda...
berusahalah selagi mampu...

terima kasih atas sokongan...MAJULAH ARNAB.. hihihi peace no war..bye..assalamualaikum wbt

Tuesday, 28 January 2014

ekor arnab tercabut

  hai assalamualaikum wbt..selamat petang...lama dah saya tak conteng² kat sini ya..
zura melupakan diri sekejap..hihihi terima kasih ya,buat rakan² yang sudi singgah..
kali ini zura nak cerita tentang seekor arnab ni yang tak ada nama tau..pening dah,tak larat nak bagi nama..nanti sendiri lupa..hahaha..
  sedang zura ronda² di sangkar arnab,ternampak lak ada bulu dalam sangkar tu..ingatkan arnab nak beranak..tapi tengok sejemput je bulu nya..bila dah ambil..O.o ini ekor arnab..haish..zura tengok arnab tu..ade je ekor dia..ermmm dari mana pula datang ekor ni..
   jadi zura bandingkanlah warna ekor arnab tu,dengan siapa yang boleh match..taraaa...jiran sebelah sangkar dia...huhhh risau rasanya..cek ekor dia..memang takde ekor..hihi..cian dia..mesti kawan sebelah yang tarik ni..setiap hari zura perhatikan dia..takut² dia bermasalah nanti..tapi sekarang dah lebih seminggu rasanya..okey je dia..sihat dan aktif..maybe okeylah tu kan..makan pun macam biasa saja...
pssst..hati² ya..jangan jadi mcm arnab zura...
kesian dia hilang ekor..mesti sakit masa putus tu..


inilah ekor arnab yang zura jumpa tu

ekor tu kepunyaan arnab ini..kesian dia..

comel kan dia..berjambul..hihi

setakat ini arnab ini aktif saja..
mudah²an tak ada pape lah ye..

Wednesday, 18 December 2013

MYDIN Rabbit & Cavy Show 2013

jomm ramai-ramai memeriahkan
MYDIN Rabbit & Cavy Show 2013..

Prize for MYDIN Rabbit & Cavy Show 2013
dan pelbagai lagi hadiah menarik!!
USJ MYDIN SUBANG JAYA,SELANGOR

TEMA SHOW :- COMPETITION FOR HOPE CHARITY

JUDGES :-
FAYUMA RABBITRY ( KEDAH )
BUNNYLOP RABBITRY ( KUALA LUMPUR )

RABBIT CATEGORY :- 
LONG HAIR & SHORT HAIR

CAVY CATEGORY :-
LONG HAIR & SHORT HAIR

YURAN PENYERTAAN IALAH SEBANYAK RM25 SEKOR 

BORANG PENDAFTARAN 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=431192270314845&set=p.431192270314845&type=1&theater

MAPS LOKASI PERTANDINGAN PENTAS UTAMA MYDIN USJ
http://www.mydin.com.my/mydin/mydin-wholesale-hypermarket-subang-jaya

CLOSE DATE :- 26 DEC 2013 

MAYBANK
114236010991
MOHD NOORAFEZEE 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :- 
HAFIZI 019-3010615
FAIZAL 019-4170734
APEZS 010-4344396
 Fancy Dress for Rabbit & Cavy Show
MYDIN USJ SUBANG JAYA,SELANGOR - 28 december 2013
utk keterangan lanjut,sila klik link di bawah :
https://www.facebook.com/events/572672939476637/575996762477588/?notif_t=plan_mall_activity
thanks

Thursday, 21 November 2013

TERBARU - rak bertingkat berserta sangkar menjimatkan ruang dan memudahkan penyelenggaraan


ini adalah yang terbaru.. rak beserta sangkar 6 bilik.
harga : rm475 beserta tray plastik 3 biji.
harga tanpa tray : rm430
kos pos : rm70
rak beserta sangkar 6 bilik..
model ini mempunyai sangkar yg lebih luas,
 berbanding model sebelum ini.




yang ini rak 2 tingkat beserta sangkar 6,5 atau 4 bilik.
harga : rm410
kos pos : rm60
*utk roda tambah rm15


rak setingkat beserta sangkar 2 bilik.
harga : rm210
kos pos : rm40
*utk roda tambah rm15

ke semua model sangkar ini boleh dileraikan..
muat masuk kereta  myvi ye..
untuk sekitar selangor dan kuala lumpur,bolehlah terus
datang lihat sendiri di rumah saya ye..

untuk cara-cara pemasangan,
silalah klik link di bawah ya.
( sila klik sini )

Wednesday, 30 October 2013

ternakan terbaru saya...jangan tak percaya

inilah antara yang terbaru zura bela di belakang rumah...
ikutkan hati gajah pun zura nak bela..keh3...tengok gambar ye...

ulat roti / mealworm... zura bagi dia makan habuk timothy..
yang ni zura bela utk bagi makan hedgehog,sugar glider dan
bagi ikan toman zura makan..seronok tengok dorang dapat makan
makanan fresh..tak perlu asyik berulang alik ke kedai beli ulat ni lagi..
zura beli sekali banyak terus dan simpan...

yang ini bukan terbaru,tapi yang lama sengaja nak tayang..
guinea pig sedang bunting.. buncit!

tikus / rat - zura guna drypetz untuk bedding mereka..dan
 air guna sistem nipple..cuma pemasangan lain sikit..kena ada cover ,
baru selamat dari gigitan tikus..

berebut rat ini minum..macamlah air tu nak habis dah..keh3..
minum banyak - banyak ya..

ini almari untuk mealworm dan rat..
belum siap lagi..tak tahulah bila boleh siap.

ini holland lop..ada 2 ekor lagi tapi malas lak nak ambil gambar..hehe
okey sekian saja..assalamualaikum wbt...

Monday, 21 October 2013

CERITA ARNAB ZURA

assalamualaikum semua..terima kasih buat semua rakan-rakan yang tak jemu-jemu singgah ke sini..
kali ini kan,saya nak cerita pasal seekor arnab free..ehehe..baru ingat nak update blog, bertanyakan siapa yang hendak kan arnab ini..tapi tak jadi..
cerita nya begini..saya ada seorang regular customer,dia seorang warga thailand,bernama mr. Anirut..selalu dia akan dapatkan bekalan makanan arnab dari saya..tapi tempoh hari mr Anirut call saya,katanya dia dah nak balik ke thailand.tak datang ke sini lagi..so dia nak bagi arnab dia kepada zura..gulp..mr. Anirut ni cuma bela sekor je tau..terus terang zura memang tolak..sebab biasa yang bela sekor-sekor ni,arnab tu manja..dah biasa dibelai..manalah zura mampu nak layan arnab tu macam tuan asal yang bela..kalau zura terima kesian sangat pada arnab tu..tapi mr. anirut tak tahu nak beri pada siapa? so,zura minta izin dari dia,kalau zura ambil,boleh tak arnab tu zura berikan pada orang lain yang boleh jaga sebaiknya.dia cakap boleh..bila dah ambil, itu yang zura fikir nak tanya di blog kot-kot ada orang yang sudi jaga arnab ini..
tapi siang tadi datang seorang rakan baru,membeli makanan arnab,namanya kak ayu..katanya kawannya baru bagi dia 2 ekor arnab betina.sembang-sembang,rupanya zura kenal rakan yang beri arnab pada kak ayu tu..Jun..seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di port klang..TERIMA KASIH JUN,KERANA REKEMEN ZURA...muahhhh!..ehehe..jadi zura offer lah arnab mr.anirut ni pada kak ayu...yeay!!!kak ayu setuju nak jaga..mr. anirut bukan bagi arnab je tau..dia bagi sangkar,makanan dan semua kelengkapan arnab tu..dan kesemua barang tu jugalah,zura berikan pada kak ayu..semoga arnab ini bahagia bersama kak ayu..kak ayu adalah pemilik restoran sri rahayu, di batu 5 3/4,jalan meru..kalau zura ke meru,insyaallah zura singgah makan-makan di restoran kak ayu..keh3.

inilah arnab mr. Anirut yg kini dah jadi milik kak ayu..arnab ini pandai tau..
zura hala kamera saja,dia terus duduk diam..bijak!!
putih bersih,kalau zura jaga..comfirm hilang putih tu..ehehe

yang ini arnab boarding..tuannya balik kampung beraya..
comelkan..gemuk tau..perut buncit je..
suka zura tengok gelagat baby arnab ni..
tak tahu duduk diam... kih3

pic 1- gambar sangkar di depan rumah zura..
zura selalu intai arnab-arnab ini ikut tingkap..ehehe
pic 2- zura nak bagi tahu sekarang ni hay,pallet cargill 8012 dan pallet ffm goat
semua habis dijual..hehehe..insyaallah besok atau lusa,
sampailah stok baru..apapun call zura dulu ya...
pic 3 & 4 - itulah buah hati zura..anak-anak zura..
alhamdulillah...2 orang saja...
okey ini saja..jumpa lagi..assalamualaikum wbt...bye..

Saturday, 19 October 2013

MINI SHOW & GATHERING V2 - (Bunny Journal & Marmut Cute)

dijemput rakan-rakan pecinta arnab dan guinea pig datang memeriahkan acara...terbuka buat semua
peminat arnab dan guinea pig..acara ini dianjurkan oleh BJ dan MC..

Kali ini byk pertandingan utk owner gp & rabbit, antaranya:
1) Fancy dress (gp & rabbit)
2) Favourite in Show (gp & rabbit)
3) Gp & rabbit paling berat
Pendaftaran dikenakan rm5/head utk satu pertandingan..
Pendaftaran boleh dibuat pada hari berkenaan daripada pukul 10pagi - 12thari..
Bagi sesiapa yg berminat, tggu apa lagi..
BANYAK HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!



MINI SHOW & GATHERING V2 - (Bunny Journal & Marmut Cute)

peta ke lokasi

Monday, 2 September 2013

#pets #arnab #rabbit antara tanda-tanda arnab bunting sudah hampir melahirkan baby - n...


antara tanda-tanda yang sangat jelas :
-arnab kurang selera makan,hanya makan dlm jumlah yg sedikit sahaja.
-mengumpulkan sampah seperti hay,dedaun atau apa sahaja di mulut bagi membuat sarang.
-mencabut bulu sendiri bagi persediaan utk menutup baby yg bakal dilahirkan.

arnab ini telah selamat melahirkan baby sebanyak 3 ekor pada keesokan pagi selepas rakaman ini dibuat.
pentingnya pemberian makanan berkhasiat dari proses awal bunting lagi,bagi memastikan anak-anak arnab yang bakal dilahirkan dalam keadaan sihat.
antara makanan harian arnab ini : pallet sm & cargill 8012,alfalfa hay,timothy hay dan napier.


( SILA KLIK SINI UTK ALBUM JUALAN )

Tuesday, 30 July 2013

#arnab #rabbit makan di malam hari -dilepaskan dalam kawasan berpagar




Monday, 22 July 2013

RAK SANGKAR ALUMINIUM - cara pasang

rak aluminium beserta
sangkar 2 bilik.
size 1 bilik : 2x1.5ft
harga :  rm210
kos pos :  rm40
*utk roda tambah rm25
(tempahan 2 minggu)

rak aluminium bertingkat beserta
sangkar 6 atau 5 bilik..
harga :  rm410
kos pos :  rm60
*utk roda tambah rm25
(tempahan 2 minggu)
atas sambutan menggalakkan,zura kongsikan cara pemasangan rak..
bagi memudahkan rakan rakan yang jauh2 tu..
gambar ini adalah bentuk rak terbaru,
penambahbaikan dari ciptaan rak lama...

rak aluminium untuk 4biji sangkar 6304 (size 2 ft).antara kelebihan
1. takungan najis jauh dari kesayangan anda.
2. pengudaraan takungan najis dpt mempercepatkan proses sejatan urin.
3. kesayangan anda lebih sihat dari pembebasan gas2 dari najis.
4. pengurusan lebih mudah
5. kekangan urin keliling.
6. nilai estatika untuk kesayangan anda.
harga : rm250 - rak sahaja..sangkar lain harga ye..
Penggunaan sangkar brc galvanised juga disediakan. 
rak boleh pos ye dan muat masuk kereta..
size : tinggi : 52 inchi -
tapak sangkar : 4ft x 1.5 ft
*utk roda tambah rm15



1.rak akan di dilipat begini..
2. baringkan bahagian seperti dlm gambar 2.
3.sambungkan besi memanjang tu.
4.pastikan skru berada seperti di gambar..menghala keluar ye..

sambungkan seperti gambar rajah tu ye..
yg sebenarnya ,zura nak terangkan pon tak reti..kih3

ini bahagian pemasangan tray..
baringkan terlebih dahulu..
pastikan pasang seperti gambar 10.
tray mesti berada di dalam besi
bentuk 4 segi tu ye..
jangan pasang seperti gambar 11

rak dah siap di pasang..cantik kannnn
rak aluminium CANGGIH bertingkat
harga : rm250
kos pos : rm40
*utk roda tambah rm25



Monday, 15 July 2013

#pets #guineapig #marmut - melawat gp2 siddiq tan...


hari ni zura pergi rumah siddiq..
best ooo,dapat tengok pelbagai jenis gp..
siddiq tinggal di jalan kapar,klang..
dekat sahaja dengan rumah zura..
gp dia semua gemuk2 dan sihat2 belaka..
pandai siddiq jaga..

jom tengok video ni..sekadar suka2 sahaja..
andai ada sebarang kesilapan dan terkasar bahasa..
mohon maaf ya.. okey layannnnn..

Friday, 5 July 2013

JULIET - guinea pig skinny melahirkan baby comel



alhamdulillah...hari ini,dlm pukul 4.15petang juliet selamat melahirkan 3 ekor baby.
tamatlah kerisauan zura.hehehehe..punyalah happy,sampai sapu sampah pun tersenyum je..keh3
tambah gembira bila tengok baby yang lahir tu gemuk2 dan sihat.
tapi kan,lepas beranak..bintik2 dan garis2 comot kat badan juliet semua hilang..
zura pelik gak.. ermmmm..yang penting juliet sihat dan aktif.kan kan kannnnn
semoga juliet berjaya membesarkan anak anaknya..

Thursday, 4 July 2013

update stok arnab atas permintaan sahaja...

anak2 mix angora - 2 bulan - jantan



netherland dwaft buck 6 month -blue ott

netherland dwaft black ott 6 month #rabbit

guinea pig hairless bunting kini dlm masalah

baru2 ni zura update tentang guinea pig skinny dan coronet..kali ni zura nak bercerita tentang si juliet,guinea pig skinny zura yang sedang sarat bunting...2 hari baru zura sedar tentang masalah dia..kulit dia dipenuhi bintik bintik merah..sedangkan sebelum ni kulit juliet licin terserlah warna pinky nya..berbeza sekarang,
nampak tak cantik,kesian juliet..zura tak pasti kenapa,kemungkinan disebabkan gigitan nyamuk..tapi sebelum ni elok je takde bintik2 tu..takkan sekarang pula diserang nyamuk..ataupun disebabkan,perut juliet terlalu buncit dan kulit jadi tegang,so terserlah lah bekas gigitan nyamuk tu...nampaknya zura kena pasang kelambu untuk juliet ni....errrr mane nak beli kelambu utp gp???
apapun semoga juliet selamat melahirkan baby yg sihat2..zura risau ni...pagi2 mesti zura intai juliet dulu..takut2 kalau dia dah beranak.bolehlah tolong2 apa yang patut..kot2 memerlukan bidan.. sob sob sob...semoga juliet terus sihat dan aktif...

hai juliet..setiap hari zura risaukan juliet tau...
moga juliet sihat2 saje tau..
makan banyak2..

sekarang ni..cage juliet akan sentiasa
penuh dengan alfalfa hay dan
lain2 makanan. -guinea pig skinny-

juliet sangat comel kannn.. kan kannn
semoga juliet tak ape2 ye.. mata bulat.kih3
-tikus belanda hairless-

buncit kan perut juliet..takut zura tengok..
kesian dia. 

nampak tak bintik2 kat perut juliet tu,kesian sangat ke dia..
kenapalah juliet tak tepis je nyamuk tu..
-guinea pig- -marmut- -tikus belanda-

###( sila klik sini utk lihat video juliet )

Monday, 1 July 2013

#arnab #rabbit BELA ARNAB BOLEH MENJIMATKAN BELANJA DAPUR

hari ni saya busy sikit,iaitu sibuk petik cili...kih3..
cuba tengok pokok-pokok di sekeliling rumah saya..
semuanya menggunakan baja arnab..subur dan alhamdulillah,
semua membuahkan hasil..tinja arnab tu saya tuang saja
pada semua pokok-pokok..

pokok cili ni tumbuh sendiri tau..
betul2 berdepan dengan reban arnab..

pokok cili ni pun tumbuh sendiri..
cili-cili busuk dalam peti ais tu,
semua zura campak je ke tanah,
bila dah tumbuh agak sedang tu,
zura letaklah baja arnab.

ayam belanda dan ayam-ayam saya,
yang ni tak tumbuh sendiri,
saya beli tau..ehehe

yang ni pokok paku pakis..
tumbuh sendiri juga..
kalau nampak pokok ni tumbuh,
jangan buang tau..
masak pucuk dia bersama bubur lambuk..
rasalah betapa sedapnya bubur tu nanti..

ini arnab-arnab saya..dah penuh semak samun dah
ehehe

limau nipis...
asik berbuah je..tak tahulah bila
nak habis buah dia ni..
pokok limau nipis ni pun sy tak tanam tau,
saya campak-campak biji je..
pastu dia tumbuh,saya letaklah baja arnab..
adalah selepas 4 tahun dia mula berbuah..
alhamdulillah....

inilah pokok limau nipis saya..
siap ada tangga tau...ehehe
nampak sangat kependekkan tuan dia kannn...

ini buah bidara..yang ni sy beli dan tanam..
buah dia sedap tau.. yummy2

yang ni buah labu..
dia tumbuh sendiri dan  menjalar
pada pokok bidara..

ini pokok buah bidara saya...
besar tau...pokok ini ada duri..
lebat berbuah..dan pokok labu dok melilit kat
daun dia..

inilah cili yang zura petik hari ni..
yeay!!! jimat..tak perlu beli cili lagi...hehe
bye.. assalamualaikum...