Followers

Tuesday, 30 October 2012

soalan berkaitan pedegree

pertama sekali terima kasih buat wan ambok yg sudi bertanyakan soalan ini...disebabkan saya sendiri kurang arif tentang arnab2 berpedegree ni..jadi paling senang sy minta bantuan dari rakan2 menjelaskannya..sy baru ada 5 ekor je arnab pedegree nih..tunggu dah berlambak2 ti,baru sesuai zura yg jelaskan kot...kih3







koleksi jawapan dari kawan2 :
  • Norisyam Bin Mohd Aris : kene buat kuliah pasal pedigree nih.. sape ada link?..
  • Ruzlan Muda : Salam, tumpang menyibuk.Bagus soalan ni.. sy pun terfikir juga perkara ni. tapi tak tau mcm mana nak tanya..
  • Newhillz Hairil Tan : Ehemmmm...2, 3 kucing berlari, mana nak sama si kucing orang, 2, 3 gen boleh ku cari, mana nak sama dengan 1 gen punya barang...LOL...Cukup bunga ke Azura Rabbits?
  • Norisyam Bin Mohd Aris : soalan 1 apakah itu 1st gen? 2nd gen? 3rd gen? apakah itu pedigree?...
  • Norisyam Bin Mohd Aris : pedigree merupakan sijil keturunan arnab yang mencatatkan tarikh lahir, warna, berat serta rekod kemenangan arnab yang dijual dan keturunannya sehingga 3 generasi bagi 3rd gen pedigree, sehingga 2 generasi bagi renab 2nd gen pedigree... petai..
  • Newhillz hairil tan : : Hehehe..dia tanya mcmana nak tahu arnab tu 3gen, 2gen atau 1gen? secara lahiriah mmg tak boleh kenal. arnab tetap arnab. 3 gen, 2 gen dan 1 gen hanya sebagai tanda aras sejauh mana breeder memiliki rekod susur galur keturunan arnab tu. Seseorang breeder blh keluarkan pedigree 4 gen, 5 gen dan lbh jika dia ada rekod tu. Pedigree tidak menentukan kualiti arnab tersebut, kualiti arnab 3 gen, 2 gen dan 1 gen blh jd lebih teruk daripada yang tiada pedigree jika breeder tidak menjaga kualiti. Satu2nya kelebihan yg ada pada arnab 3 gen ialah jika ia menang pertandingan ARBA, ia boleh mendapat Leg of championship dan seterusnya mendapat gelaran Grand champion bila berjaya mengumpul sekurang2 nya 3 Legs. Lastly semua baka yg diiktiraf pedigree dan juga non pedigree.
  • Norisyam Bin Mohd Aris 3rd gen, 2nd gen atau 1st gen bukanlah satu ciri fizikal yang terdapat pada arnab.. ia adalah satu sistem rekod yang disimpan oleh pembiaknya sahaja..
  • Kayriel Noodean : tak mengaku kunun otai abam Newhillz Hairil TanJamaldanny Rabbitry Cattery & Syakirin Ayob...hahahahha
  • Azura Rabbits :Pendekar Laut Rabbitry sila jawap mengikut pemahaman anda..dah ada hl pdgre kannn??? :p
  • Iza Danial :kak zura,sy xde hl pedigree,.maknannye x blh jwb la ye..hhahahah
  • Azura Rabbits : Aisya Ridha jelasknlh jugak..plizzz
  • Pendekar Laut Rabbitry : xleh nak jelas sgt baru 1 gen,nak masuk 2 gen pon ritu sampai pagi tunggu dia ngawan x jadi2.. :P
  • Ruzlan Muda :Bagaimana bermulanya 1st Gen. Adakah jika sy membeli sepasang rebit non pedigree n lepas tu dpt anak .. anak tu dah dikira 1st gen atau kedua2 ibubapak nya mesti pedigree.. atau dan bermacam macam atau
  • Azura Rabbits : Iza Danial ermmm...nzw pdgr ade kannn??kih3..alerr jawap jelahh..janji terjawap..
  • Iza Danial : pd pendapat sy,x kirela arnab tu import @ local..selagi kite tau susur galur keturunan die,kite blh wt cert sdri...
  • Newhillz hairil tanEn Ruzlan Muda, bermula dari saat kita buat rekod. cth mak bpk dia takde rekod (pedigree), kita blh mulakan dari anaknya. Anak tu kira 1 ge

    Syakirin ayob :  Rase utk soalan kak Azura Rabbits rebit dah dijawab oleh bro Newhillz Hairil Tan.. Utk soalan saudara Ruzlan Muda, anak dr induk non pedigree masih blh dpt 1 gen pedigree jike induk non pedigree tuh dibeli dr breeder bkn trader atau dibeli dr pet shop..
  • Aisya Ridha : Kalau saya jelaskan akan sama mcm otai newhillz jelaskan tu. mngikut pemahaman saya, pedigree tu adalah rekod keturunan sahaja. Bukannya ciri fizikal. Kelebihan pedigree hanya mberikan maklumat keaslian keturunan mana2 jenis arnab. Sbb tu arnab kampung x akan ada pedigree sbb mmg arnab kampung adalah arnab mixed atau mana2 arnab mixed xkan ada pedigree. Mngikut standard, arnab tu hanya asli dari keturunan yg tercatit pada pedigree skurang2nya 3 keturnan (3 gen) nak tau kenapa 3 baru diiktiraf asli tu kena tanya otai sgala otai atau baca history pedigree le kot. Mcm manusia gak, hensem tegap tinggi pendek semua bgantung kpd genetik, pmakanan n psekitaran. Bukan bmakna org malaysia yg pendek tak seasli org malaysia yg tinggi...tu makna bukan keaslian menentukan kualiti fizikal arnab 100% tapi...keaslian tu skurang2nya mengekal ciri asli holland lop pada tahap yg semaksimum mungkin..
  • Aisya Ridha : Holland lop tu cth je :) tapi keaslian pedigree tu byk bgantung kpd kejujuran dan etika seorang breeder :)
  • NinetyNine Rabbitry : Klau sire ada pedigree tp dam takde pedigree, anaknya dikira 1st generasi jg ke? Newhillz Hairil Tan
  • DaddyQas Bunnies : Sire 3 gen x Dam non-pedigree 
    = 1 gen
  • Galaksy Kelinci : hui....arnab kg tak der pedigree..????
  • NinetyNine Rabbitry : Sy selalu pening sgt tengok org sebut 1 generasi, 2 generasi...
  • Newhillz Hairil Tan : NinetyNine Rabbitry, 1 gen lah. Kita lihat pada generasi yang lengkap.
  • Aisya Ridha : Arnab kpg nak buat pedigree boleh je...tapi tjuan dia dah lain le pulak...sbb mmg arnab kpg biasanya hasil mixed mcm2 breed...asal usul baka tatau dari arnab jenis apa...for example i ada arnab kpg spasang...stiap kali beranak pasti akan kluar mcm2 jen...
  • Aisya Ridha : Newhillz penah jugak jelaskan pasal F1 F2 F3 tu kalau tak silap. Konsep lbh kurang sama tapi biasa digunakan utk differentiate ciri2 fizikal dan temperament spesis yg dikacukkan tu :)
  • Newhillz Hairil Tan : itu lah yg dimanakan breeding and cull.
  • Newhillz Hairil Tan : Salah satu line Rex saya skrg terhasil dari pemilihan, asalnya saya cuma ada seekor Pejantan Rex, Doe semua pedaging.
  • Newhillz Hairil Tan : F1 semua bulu normal
  • Aisya Ridha : f1 f2 etc tuh tujuan dia bbeza sikit. Kalau kita nak kucing hutan f1...kena kawen kucing hutan n kucing hutan...kucing hutan f2 lak hasil kucing donestik dgn kucing hutan...so ciri fizikal dah sedikit berbeza dan temperament f2 akan bbeza daripada f1. Begitu le sterusnya
  • Aisya Ridha : Saya blajar f1 f2 dulu sbb saya ingat nak beli kucing savannah hihihii
  • Syahrizal Ahmadi Bin Gapor Sorry, lambat respon. Baru selesai karang cerpen ni.
    Begini kisahnya. Apabila kita mula mendapatkan sepasang arnab dari baka yg sama,kita sudah boleh memulakan program breeding ke arah arnab pedigree. Bila kita kawinkan pasangan tersebut, anaknya akan
    ada 1 gen. Seterusnya anak itu dikahwinkan dgn pasangan yg ada 1 gen juga, maka lahirla anak generasi 2 gen. Anak yg 2 gen ini jika dikahwinkan dgn anak yg ada 2 gen juga, akan menghasilkan anak 3 gen. Anak yg ada 3 gen ini sudah layak digelar berpedigree. Kenapa 3 gen sudah mencukupi? Kerana telah terbukti, anak yg lahir selepas 3 generasi pembiakan baka yg sama akan memiliki ciri2 ketulenan baka tersebut, walaupun mungkin pada generasi sebelumnya ada kacukan dgn baka lain. Contohnya, jika kita memulakan program dgn sepasang mix ND yg memenuhi spesifikasi ND tulen, selepas pembiakan terpilih selama 3 generasi, akan terhasil anak ND tulen. Tapi dgn syarat kita perlu pilih dgn teliti anak2 yg lahir tu, kalau ikut spec ND, bolehla masukkan dalam breeding program. Kalau ada yg tersasar jauh dari spec ND, maka kita perlu keluarkan terus dari program. Di sinilah faktor disiplin & kejujuran memainkan peranan penting. Kelebihan pedigree ni, selain dapat membuktikan ketulenan secara bertulis, dapat juga menunjukkan warna2 generasi terdahulu. Sebagai seorang breeder, warna yg ada pada background ni penting untuk merancang warna anak yg bakal lahir supaya sentiasa memenuhi standard warna yg ditetapkan untuk masuk show. Jika kita main hentam je kawinkan apa2 color, kebarangkalian lebih tinggi untuk terhasilnya anak2 dgn color yg tidak diiktiraf untuk masuk pertandingan terutamanya show ARBA. Lebih merugikan jika warna yg dihasilkan tidak boleh digunakan langsung dalam breeding program, lalu terpaksa dijual sebagai pet. Sekian dahulu buat waktu ini. Sudi-sudikan...

  • Syahrizal Ahmadi Bin Gapor Cara paling cepat untuk hasilkan anak yg berpedigree adalah dgn mendapatkan kedua2 parents berpedigree. Kalau budget kurang, dapatkan buck pedigree & doe non-pedigree. Bila dapat anak 1 gen, line-breed dgn bapanya, dapat anak 2 gen. Anak 2 gen ni, line-breed semula dgn bapa a.k.a. datuknya untuk hasilkan 3 gen. Yg penting buck tu kena hensem.

  • Ruzlan Muda : Alhamdulilah dan terima kasih kpd semua member BJ yg sudi berkongsi ilmu n pengalaman. Rasanya pemahaman ttg pedigree ni dah 90% cover. Lepas ni kena belajar buat degree ..opss pedigree

  • Jamaldanny rabbitryPENDAPAT SAYA PULA.......Ada beberapa Fasa.......LOL...fasa pertama: seperti cikgu ckp tadi..dari tiada pedigree ke pedigree...sehingga 3 generasi dikira baka asli....dlm fasa ini, generasi pertama,kedua dan ketiga jelas kelihatan ada perbezaan kualiti.....logiknya kualiti meningkat...Fasa kedua: Bilamana kita dah dapat purebred setelah cukup 3/4 generasi, maka kelihatan tiada banyak beza antara gen4,gen5 dan seterusnya di dalam rabbitry kita...kerna sudah pure.tp adakah bentuknya ,ciri2nya itu yg kita mahu??.akakakkaa.....hanya setelah empunya diri tetiba terpikir nak improve line dia...maklumlah bila tengok arnab rabbitry lain, kelihatan berbeda maybe kepala besar,telinga pendek atau badan pendek...so masa tu outcross diperlukan...maka berlaku lagi sekali proses penelitian gen...gen1 dari proses outcross tadi maybe tak capai...gen 2 maybe dapat atau gen 3......Arnab purebred 3 gen maybe kelihatan tak sama dari satu rabbitry ke satu rabbitry....contoh mini rex saya maybe tak sama dgn mini rex abg DD atau Fiz iz jika diteliti....secara kasar maybe sama...macam org jugak lah.....LOL...so Azura i think arnab tak dpt nak bezakan antara 3 gen dan satu gen hanya dgn melihat rupa....kerana dalam baka tulen sekalipon ada berbeda rupa....so salinan surat pedigree sajalah bukti yg bertulis yg sah diperlakukan berbanding bukti lisan..akakakakakka.

  • Ujang Bunny's : Menarik2 dah paham sikit2....

**perbincangan ini berlangsung di grup bunny journal..berbintang bintang dah mata ni.. :)
tq kawan2 semua...

3 comments:

  1. Thanks kak..Saya tanya ckit je. Trus buat post..hehe..Kak, saya nak copy perbincangan tu bleh tak?sy nk masukkn dlm post sy. Klau xbleh xpe.hehe..mintak izin dulu ni..

    ReplyDelete
  2. welkem..haha..kalau akk jelaskn sorang,risau wan tak boleh faham.tapi kalau camni lebih jelas kan kan kan :)
    wahhh..minta izin dulu..sopan nya..anak sapa ni??kih3
    dipersilakan dgn syarat nama2 tdk diubah dan lokasi perbincangan note sekali tau..
    sekian..assalamualaikum.. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks kak. Saya dah post dah. akak bolehla tengok. Klau ada terkurang atau terlebih,bgthu k. Nanti saya edit semula. cek kt laman web ni. http://arnabpontian.blogspot.com/2012/10/perkongsian-tentang-pedegree.html

    ReplyDelete