Followers

Tuesday 28 July 2015

apa itu alfalfa hay dan timothy hay?


soalan yang sering ditanya :

1- apa itu alfalfa hay dan timothy hay?
keduanya adalah makanan semulajadi untuk haiwan kesayangan seperti arnab, guinea pig dan chincilla. ianya adalah dari jenis tumbuh2an yang sudah dikeringkan. hay ini diimport oleh pembekal dari us..bukannya saya tanam di belakang rumah.
 (hehe ada yang datang rumah kata nak tengok ladang alfalfa, saya mana ada ladang, rumah pun kecik je - alfalfa dan timothy yang saya tanam tu sikit je, bertujuan untuk mencuba percambahan biji benih yang saya jual tu..maafkan saya andai mengelirukan kamu)

2-puan ada jual hay yang fresh?
soalan ini kadang2 saya terkedu gak nak menjawab hahaha
hay itu sendiri bermaksud jerami yang sudah dikeringkan.bagaimana pula saya nak menyediakan yang segar..namun saya akan cuba mengekalkan kualiti hay jualan saya, yang kurang habuk dan berbatang kecil.

3-bagaimana cara memberi makan dan berapa banyak nak diberi?
soalan ini saya suka hihi ♥♥
-berapa banyak nak diberi.

untuk timothy hay, ianya boleh diberi untuk semua peringkat umur arnab dari baby hinggalah sudah matang.
dan boleh diberi tanpa had, maksudnya nak bagi banyak pun boleh...ianya sesuai untuk diet harian arnab.

untuk alfalfa hay, sesuai untuk arnab di bawah usia 4 atau 6 bulan..pemberian 3 kali seminggu sudah mencukupi..untuk hari2 lain gantikanlah dengan timothy hay.
alfalfa hay juga diberikan untuk arnab yang bermasalah, seperti :
-baby kecil yang kematian ibu bagi menggantikan susu ibu (anak arnab yang sudah pandai makan sendiri) kalau yang ini saya berikan alfalfa tanpa had sehingga usia 2 bulan.selepas itu perlahan-lahan saya akan ajar dia makan timothy hay.
-ibu arnab yang kekurangan susu, alfalfa hay boleh merangsang memperbanyakkan susu ibu arnab.
-arnab yang hilang selera makan, bau alfalfa akan membuatkan arnab tertarik untuk makan..

cara memberi makan :
1-guna rak hay atau bebola hay (beli di petshop)
2- letak dalam bakul berlubang kecil.
3-boleh juga dipotong pendek dan letak dalam bekas makan.
4-diikat menggunakan cable tie, getah atau dawai.

( SILA KLIK SINI UTK ALBUM JUALAN )


kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak

alfalfa dan timothy hay jualan saya, kini sudah beberapa kali dikirim ke sabah dan sarawak.ianya mengambil masa seminggu ke 2 minggu untuk sampai.selagi belum sampai, selagi tulah merisaukan saya, jadi tertanya dah sampai ke tak?..



kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak
kiriman timothy hay ke sabah
terima kasih Ching ♥♥

kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak
kiriman alfalfa hay ke sarawak

kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak
gambar arnab milik saudari jasmine dari sarawak,
memaklumkan yang arnabnya suka makan alfalfa ini.
terima kasih jasmine ♥♥

soalan yang kerap ditanya :
1- apa itu alfalfa hay dan timothy hay?
2- puan ada jual hay yang fresh?
3- bagaimana cara memberi makan dan berapa banyak nak diberi?
( klik sini untuk jawapan )

( SILA KLIK SINI UNTUK ALBUM JUALAN )

Monday 27 July 2015

sesi photoshoot arnab oleh utusan malaysia


saya nak kongsi cerita hari ini..tapi macam malu-malu pulak.. tapi nak share gak hahaha ngade betul.
hari ni saya jumpa sis maria, reporter dari Utusan Malaysia untuk artikel berkaitan hobi arnab.alhamdulillah dah selamat selesai..mula-mula photograper datang dulu.sis maria dah maklumkan yang dia akn datang kemudian.bermulalah sesi menshoot arnab. mujurlah arnab-arnab memberi kerjasama yg baik.sopan-sopan gitu bergambar..hihi hampir sejam jugalah fotografi tapi puaslh tgk arnab2 tu berposing..nanti kawan2 tengoklah gambar arnabnya ye..sis maria kata paper jumaat ni  31 july.. nantikan tau cerita bersama arnab saya.. ♥♥


dia ambil gambar arnab saya,
saya ambil gambar dia hahaha
tapi memang bestlah tgk photoshoot arnab ☻♥♥


terima kasih sis maria dan photographer, terima kasih juga atas sokongan kalian semua.. ♥ bye.

(sila klik utk baca utusan online)