Followers

Tuesday 30 July 2013

#arnab #rabbit makan di malam hari -dilepaskan dalam kawasan berpagar




Monday 22 July 2013

RAK SANGKAR ALUMINIUM - cara pasang

rak aluminium beserta
sangkar 2 bilik.
size 1 bilik : 2x1.5ft
harga :  rm210
kos pos :  rm40
*utk roda tambah rm25
(tempahan 2 minggu)

rak aluminium bertingkat beserta
sangkar 6 atau 5 bilik..
harga :  rm410
kos pos :  rm60
*utk roda tambah rm25
(tempahan 2 minggu)
atas sambutan menggalakkan,zura kongsikan cara pemasangan rak..
bagi memudahkan rakan rakan yang jauh2 tu..
gambar ini adalah bentuk rak terbaru,
penambahbaikan dari ciptaan rak lama...

rak aluminium untuk 4biji sangkar 6304 (size 2 ft).antara kelebihan
1. takungan najis jauh dari kesayangan anda.
2. pengudaraan takungan najis dpt mempercepatkan proses sejatan urin.
3. kesayangan anda lebih sihat dari pembebasan gas2 dari najis.
4. pengurusan lebih mudah
5. kekangan urin keliling.
6. nilai estatika untuk kesayangan anda.
harga : rm250 - rak sahaja..sangkar lain harga ye..
Penggunaan sangkar brc galvanised juga disediakan. 
rak boleh pos ye dan muat masuk kereta..
size : tinggi : 52 inchi -
tapak sangkar : 4ft x 1.5 ft
*utk roda tambah rm15



1.rak akan di dilipat begini..
2. baringkan bahagian seperti dlm gambar 2.
3.sambungkan besi memanjang tu.
4.pastikan skru berada seperti di gambar..menghala keluar ye..

sambungkan seperti gambar rajah tu ye..
yg sebenarnya ,zura nak terangkan pon tak reti..kih3

ini bahagian pemasangan tray..
baringkan terlebih dahulu..
pastikan pasang seperti gambar 10.
tray mesti berada di dalam besi
bentuk 4 segi tu ye..
jangan pasang seperti gambar 11

rak dah siap di pasang..cantik kannnn
rak aluminium CANGGIH bertingkat
harga : rm250
kos pos : rm40
*utk roda tambah rm25



Monday 15 July 2013

#pets #guineapig #marmut - melawat gp2 siddiq tan...


hari ni zura pergi rumah siddiq..
best ooo,dapat tengok pelbagai jenis gp..
siddiq tinggal di jalan kapar,klang..
dekat sahaja dengan rumah zura..
gp dia semua gemuk2 dan sihat2 belaka..
pandai siddiq jaga..

jom tengok video ni..sekadar suka2 sahaja..
andai ada sebarang kesilapan dan terkasar bahasa..
mohon maaf ya.. okey layannnnn..

Friday 5 July 2013

JULIET - guinea pig skinny melahirkan baby comel



alhamdulillah...hari ini,dlm pukul 4.15petang juliet selamat melahirkan 3 ekor baby.
tamatlah kerisauan zura.hehehehe..punyalah happy,sampai sapu sampah pun tersenyum je..keh3
tambah gembira bila tengok baby yang lahir tu gemuk2 dan sihat.
tapi kan,lepas beranak..bintik2 dan garis2 comot kat badan juliet semua hilang..
zura pelik gak.. ermmmm..yang penting juliet sihat dan aktif.kan kan kannnnn
semoga juliet berjaya membesarkan anak anaknya..

Thursday 4 July 2013

update stok arnab atas permintaan sahaja...

anak2 mix angora - 2 bulan - jantan



netherland dwaft buck 6 month -blue ott

netherland dwaft black ott 6 month #rabbit

guinea pig hairless bunting kini dlm masalah

baru2 ni zura update tentang guinea pig skinny dan coronet..kali ni zura nak bercerita tentang si juliet,guinea pig skinny zura yang sedang sarat bunting...2 hari baru zura sedar tentang masalah dia..kulit dia dipenuhi bintik bintik merah..sedangkan sebelum ni kulit juliet licin terserlah warna pinky nya..berbeza sekarang,
nampak tak cantik,kesian juliet..zura tak pasti kenapa,kemungkinan disebabkan gigitan nyamuk..tapi sebelum ni elok je takde bintik2 tu..takkan sekarang pula diserang nyamuk..ataupun disebabkan,perut juliet terlalu buncit dan kulit jadi tegang,so terserlah lah bekas gigitan nyamuk tu...nampaknya zura kena pasang kelambu untuk juliet ni....errrr mane nak beli kelambu utp gp???
apapun semoga juliet selamat melahirkan baby yg sihat2..zura risau ni...pagi2 mesti zura intai juliet dulu..takut2 kalau dia dah beranak.bolehlah tolong2 apa yang patut..kot2 memerlukan bidan.. sob sob sob...semoga juliet terus sihat dan aktif...

hai juliet..setiap hari zura risaukan juliet tau...
moga juliet sihat2 saje tau..
makan banyak2..

sekarang ni..cage juliet akan sentiasa
penuh dengan alfalfa hay dan
lain2 makanan. -guinea pig skinny-

juliet sangat comel kannn.. kan kannn
semoga juliet tak ape2 ye.. mata bulat.kih3
-tikus belanda hairless-

buncit kan perut juliet..takut zura tengok..
kesian dia. 

nampak tak bintik2 kat perut juliet tu,kesian sangat ke dia..
kenapalah juliet tak tepis je nyamuk tu..
-guinea pig- -marmut- -tikus belanda-

###( sila klik sini utk lihat video juliet )

Monday 1 July 2013

#arnab #rabbit BELA ARNAB BOLEH MENJIMATKAN BELANJA DAPUR

hari ni saya busy sikit,iaitu sibuk petik cili...kih3..
cuba tengok pokok-pokok di sekeliling rumah saya..
semuanya menggunakan baja arnab..subur dan alhamdulillah,
semua membuahkan hasil..tinja arnab tu saya tuang saja
pada semua pokok-pokok..

pokok cili ni tumbuh sendiri tau..
betul2 berdepan dengan reban arnab..

pokok cili ni pun tumbuh sendiri..
cili-cili busuk dalam peti ais tu,
semua zura campak je ke tanah,
bila dah tumbuh agak sedang tu,
zura letaklah baja arnab.

ayam belanda dan ayam-ayam saya,
yang ni tak tumbuh sendiri,
saya beli tau..ehehe

yang ni pokok paku pakis..
tumbuh sendiri juga..
kalau nampak pokok ni tumbuh,
jangan buang tau..
masak pucuk dia bersama bubur lambuk..
rasalah betapa sedapnya bubur tu nanti..

ini arnab-arnab saya..dah penuh semak samun dah
ehehe

limau nipis...
asik berbuah je..tak tahulah bila
nak habis buah dia ni..
pokok limau nipis ni pun sy tak tanam tau,
saya campak-campak biji je..
pastu dia tumbuh,saya letaklah baja arnab..
adalah selepas 4 tahun dia mula berbuah..
alhamdulillah....

inilah pokok limau nipis saya..
siap ada tangga tau...ehehe
nampak sangat kependekkan tuan dia kannn...

ini buah bidara..yang ni sy beli dan tanam..
buah dia sedap tau.. yummy2

yang ni buah labu..
dia tumbuh sendiri dan  menjalar
pada pokok bidara..

ini pokok buah bidara saya...
besar tau...pokok ini ada duri..
lebat berbuah..dan pokok labu dok melilit kat
daun dia..

inilah cili yang zura petik hari ni..
yeay!!! jimat..tak perlu beli cili lagi...hehe
bye.. assalamualaikum...











































guinea pig dan skinny perut buncit

terima kasih buat kwn2 yg sudi singgah blog zura..
lawatan kamu sangat2 dihargai.
andainya ada pendapat mahupun teguran,jangan segan2,
zura sedia terima dgn hati terbuka..ecewwaaaaahh..hehehe
kali ni zura nak share tentang anak2 marmut...tapikann macam
biasalah...kita bagi gambar yang bercerita...
ada lagi 1 tapi...hehehe...
lepas tengok post ni,jangan pula ada yang call zura,
cakap nak beli gp ye...zura jual utk kawan2 terdekat sahaja.
itupon kalau boleh zura tak mau jual..zura asik kena paksa jual je..
jahat tau kamu..gp zura tak sempat banyak..jeles sgt
bila tengok gp kawan2 lain penuh cage..gp zura tetap
ciput cenggitu je..opppsss sori geng...ahahaha
kalau nak beli sangat gi cari sahril di banting tu..
ataupun siddiq tan..dorang memang jual...tunggu gp zura
ada banyak banyak dan banyak,baru zura jual ye..itupun kalau sempat banyak..ekekeke
jommmm tengok gambar tikus belanda zura...
ini romeo n juliet,guinea pig skinny yg zura bela...
pic ni masa mereka dikahwinkn..
masa ni juliet kempis lagi..

tarraaaaa... sudah buncit... bulat kannn..
nampak botak je.. comel tak??? hihi

yang ini anak skinny dan coronet.. cage ni lah paling meriah..
hari2 dok main kejar2... zura selalu pantau bdk berempat ni..
risau juga kalau2 gp ni bergaduh..
setakat ni alhamdulillah.. tak pernah lagi mereka bergaduh..
mudah tugas zura kannnn

gp coronet 3 ekor tu baru je zura alih dari
belakang rumah ke depan..
nampak mereka macam ketakutan sikit..
mungkin sebab di belakang penuh dengan pokok2 dan
agak privacy sikit..tapi bila di depan setiap hari ada
orang datang..agak bising sikitlah..
mungkin mereka tak biasa lagi..

wahhh santai dia... 

dah bulat macam tu pun ada  hati nak nyelit2 lagi..

sebolehnya dia nak nyempit gak tu... yang coronet tu masih
kat belakang lagi..
kesian lak..

yeay!!! kenduri  kih3
zura bagi tikus belanda ni makan
rumput israel.. bukan meriah lagi mereka ..

yummy2..seronok bila tengok guinea pig ni makan
banyak2... 

masa ni guinea pig zura kenduri alfalfa hay pula..
makan sambil berlari lari.. ahahaha

tikus belanda terus makan dan makan...
hampir penuh dengan alfalfa hay..

wik wik wikkkk.. meriah bila dorang nampak zura
bawa alfalfa hay.. tu yang zura campak je penuh2..
semoga marmut 2 ni terus kekal sihat
bersama zura dan membesar menjadi guinea pig...errrr
  byeeeee