Followers

Tuesday 17 November 2015

BEKAS MAKANAN ARNAB model baru FB1

autofeeder ini kelihatan lebih kecil , tetapi boleh memuatkan pallet lebih banyak berbanding model lama..ini kerana ianya lebih tinggi..sangat sesuai untuk sangkar bersaiz kecil.ianya memberi ruang lebih pada arnab..arnab selesa...tuan arnab lagi selesa.. ☻♥

auto feeder boleh muat lebih kurang 1.5kg pallet arnab.
amat memudahkan bagi anda yang sentiasa sibuk.
tahan dalam 3 ke 4 hari bergantung tahap 
pemakanan arnab anda.
diperbuat dari bahan TAHAN KARAT..
amat berguna sewaktu ketiadaan anda.
harga : rm18 (tidak termasuk kos pos)
berminat sila call : 0166778860 
barang boleh pos 

AUTOFEEDER
FA1 model lama (tiada stok sementara waktu)
FB1 model baru ( ready stock ) 

bekas makanan arnab
bekas makanan arnab model lama  FA1 (tiada stok)

bekas makanan arnab
bekas makanan arnab
model FB1 

bekas makanan arnab
bekas makanan arnab
model FB1 




Tuesday 28 July 2015

apa itu alfalfa hay dan timothy hay?


soalan yang sering ditanya :

1- apa itu alfalfa hay dan timothy hay?
keduanya adalah makanan semulajadi untuk haiwan kesayangan seperti arnab, guinea pig dan chincilla. ianya adalah dari jenis tumbuh2an yang sudah dikeringkan. hay ini diimport oleh pembekal dari us..bukannya saya tanam di belakang rumah.
 (hehe ada yang datang rumah kata nak tengok ladang alfalfa, saya mana ada ladang, rumah pun kecik je - alfalfa dan timothy yang saya tanam tu sikit je, bertujuan untuk mencuba percambahan biji benih yang saya jual tu..maafkan saya andai mengelirukan kamu)

2-puan ada jual hay yang fresh?
soalan ini kadang2 saya terkedu gak nak menjawab hahaha
hay itu sendiri bermaksud jerami yang sudah dikeringkan.bagaimana pula saya nak menyediakan yang segar..namun saya akan cuba mengekalkan kualiti hay jualan saya, yang kurang habuk dan berbatang kecil.

3-bagaimana cara memberi makan dan berapa banyak nak diberi?
soalan ini saya suka hihi ♥♥
-berapa banyak nak diberi.

untuk timothy hay, ianya boleh diberi untuk semua peringkat umur arnab dari baby hinggalah sudah matang.
dan boleh diberi tanpa had, maksudnya nak bagi banyak pun boleh...ianya sesuai untuk diet harian arnab.

untuk alfalfa hay, sesuai untuk arnab di bawah usia 4 atau 6 bulan..pemberian 3 kali seminggu sudah mencukupi..untuk hari2 lain gantikanlah dengan timothy hay.
alfalfa hay juga diberikan untuk arnab yang bermasalah, seperti :
-baby kecil yang kematian ibu bagi menggantikan susu ibu (anak arnab yang sudah pandai makan sendiri) kalau yang ini saya berikan alfalfa tanpa had sehingga usia 2 bulan.selepas itu perlahan-lahan saya akan ajar dia makan timothy hay.
-ibu arnab yang kekurangan susu, alfalfa hay boleh merangsang memperbanyakkan susu ibu arnab.
-arnab yang hilang selera makan, bau alfalfa akan membuatkan arnab tertarik untuk makan..

cara memberi makan :
1-guna rak hay atau bebola hay (beli di petshop)
2- letak dalam bakul berlubang kecil.
3-boleh juga dipotong pendek dan letak dalam bekas makan.
4-diikat menggunakan cable tie, getah atau dawai.

( SILA KLIK SINI UTK ALBUM JUALAN )


kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak

alfalfa dan timothy hay jualan saya, kini sudah beberapa kali dikirim ke sabah dan sarawak.ianya mengambil masa seminggu ke 2 minggu untuk sampai.selagi belum sampai, selagi tulah merisaukan saya, jadi tertanya dah sampai ke tak?..



kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak
kiriman timothy hay ke sabah
terima kasih Ching ♥♥

kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak
kiriman alfalfa hay ke sarawak

kiriman alfalfa hay dan timothy hay ke sabah dan sarawak
gambar arnab milik saudari jasmine dari sarawak,
memaklumkan yang arnabnya suka makan alfalfa ini.
terima kasih jasmine ♥♥

soalan yang kerap ditanya :
1- apa itu alfalfa hay dan timothy hay?
2- puan ada jual hay yang fresh?
3- bagaimana cara memberi makan dan berapa banyak nak diberi?
( klik sini untuk jawapan )

( SILA KLIK SINI UNTUK ALBUM JUALAN )

Monday 27 July 2015

sesi photoshoot arnab oleh utusan malaysia


saya nak kongsi cerita hari ini..tapi macam malu-malu pulak.. tapi nak share gak hahaha ngade betul.
hari ni saya jumpa sis maria, reporter dari Utusan Malaysia untuk artikel berkaitan hobi arnab.alhamdulillah dah selamat selesai..mula-mula photograper datang dulu.sis maria dah maklumkan yang dia akn datang kemudian.bermulalah sesi menshoot arnab. mujurlah arnab-arnab memberi kerjasama yg baik.sopan-sopan gitu bergambar..hihi hampir sejam jugalah fotografi tapi puaslh tgk arnab2 tu berposing..nanti kawan2 tengoklah gambar arnabnya ye..sis maria kata paper jumaat ni  31 july.. nantikan tau cerita bersama arnab saya.. ♥♥


dia ambil gambar arnab saya,
saya ambil gambar dia hahaha
tapi memang bestlah tgk photoshoot arnab ☻♥♥


terima kasih sis maria dan photographer, terima kasih juga atas sokongan kalian semua.. ♥ bye.

(sila klik utk baca utusan online)

Wednesday 24 June 2015

sangkar guinea pig Siddiq Tan

assalamualaikum semua dan salam sejahtera. salam sayang dan selamat menyambut Ramadhan al mubarak.
kali ni saya hantar sangkar untuk penternak guinea pig Siddiq Tan. ini adalah tempahan sangkar kedua dari ST. lokasinya dekat saja dengan rumah saya, jalan kapar, klang.
yang baju oren tu ST, amacam handsome tak?
rak alluminium 3 layer berserta sangkar 6 bilik sudah selamat dipasang di Hana Heaven Caviary. terima kasih su dan st ♥♥♥
tak yah tanya cantik ke tak..sebab saya
tahu memang cantik
( hihi  maaf ye sy memang kuat perasan )
 bawah ni contoh gambar yang saya suka, hehe guinea pig dah bermaharaja dalam sangkar baru. comel weyy.. geram tau, rasa macam nak culik bawa balik je.. nasib baik ST ada.. hahaha cuba tengok makanan dia. mewah betul. alfalfa hay , timothy hay , napier , salad , pallet , penuh cage..
ini sebahagian dari tikus belanda ST..comfirm comel jugak ☻

awak - awak kalau nak cari ST boleh cari di group fb Marmute Cute.. dia aktif di sana..tanya soalan
apa sahaja berkaitan guinea pig di group tu.. comfirm ST atau Sahril banting akan muncul menjawab..
kalau dorang tak jawab, sebut je nama saya 11 kali, nanti saya rotan dorang 22 kali hahaha
no fon ST?? nanti saya minta izin dia dulu ye ...

lagi berkaitan sangkar ( sila klik sini )

Monday 6 April 2015

tempahan sangkar arnab 2 tingkat

 sebagai peniaga kecil-kecilan perkara yang paling menggembirakan adalah bila pelanggan memaklumkan barangan jualan kita memudahkan mereka dan mereka berpuashati..alhamdulillah syukur..
kiriman kali ini dari saudara Faris dari Sri Damansara.
rak sangkar alluminium tahan karat 2 tingkat beserta sangkar 6 bilik dilengkapi dengan sistem nipple drinker dan bekas makan alluminium kini sudah dimiliki Faris.terima kasih ya , semoga arnab-arnab akan lebih bergumbira dan membesar bagai juara hihihi
saudara faris membela arnab di dalam rumah sebagai memenuhi hobi masa lapang. buat masa ini hanya fokus pada baka asli Mini Rex yg bertempat di Sri Damansara.kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan baka asli mini rex yang bulunya selembut baldu bolehlah contact faris ya.ini no fon Faris 019-3654940



jeng jeng jeng...cantik tak??
harga rak alluminium 2 tingkat serta sangkar 6 bilik  rm410 + roda rm25
nipple drinker dan bekas makan lain harga.

melampau bulatnya arnab faris ni..hihi
comfirm cukup makan minum ni..

baka mini rex ni bulunya pendek sahaja,
dalam gambar tak berapa jelas,
tapi kalau tengok depan memang superb lah!
bulu selembut baldu..menawan kalbu  ☻
lagi berkaitan sangkar  ( SILA KLIK SINI )
terima kasih Faris dan terima kasih atas sokongan anda semua... bye

Tuesday 24 February 2015

cara memotong kuku arnab


1- mesti memiliki pemotong kuku untuk pets.☻

2- pastikan pemotong kuku itu tajam, kalau dah tumpul sila dapatkan yang baru ya ☻ hehe

3- cari lokasi atau tempat duduk yang selesa, sebaiknya ada kipas, kalau dah aircond tak perlu kipaslah.

4- peganglah arnab dengan penuh yakin, kalau anda takut, arnab itu lagi takut..

5- silalah potong kuku arnab itu..elakkan dari suasana yang boleh mengganggu arnab..contohnya elakkan dari kawasan ramai kanak²..takut sedang asyik memotong kuku, kena sergah pula dengan kanak²..kikiki

6- sila lihat video di bawah... sekian terima kasih




( SILA KLIK SINI UTK ALBUM JUALAN )

Friday 9 January 2015

sahril banting feeling -sahril yang hero - hahaha

mulanya sahril banting oder ubat  bexton itin vet , untuk merawat kurap / kutu pada guinea pig.. masa beri maklumat untuk pengeposan barang, dalam bergurau sahril bagi nama  - sahril yang hero - jadi zura pun tulis jelah nama tu... mujurlah barang sampai , risau gak kih3 hero lah sangattttttt!! hahaha

maklum balas dari sahril banting..terima kasih sahril yang hero! hehehe



sahril banting ini adalah penternak marmut / tikus belanda / guinea pig terpaling popular di malaysia pada abad ini..perghhhh
ladang beliau terletak di kampung sungai buaya, banting, selangor..beliau mempunyai sebanyak bla bla ekor guinea pig (saya pun tak tahu berapa banyak,yang pasti memang banyaklah ) awak² kalau nak beli gp boleh cari sahril ya.. ☻ 017-6747276
guinea pig milik sahril..comel tak? wik wik wik





( SILA KLIK SINI UTK ALBUM JUALAN )

Friday 2 January 2015

biji benih alfalfa


harga sepeket :
 1- pek 30 gram -rm20 termasuk pos laju semenanjung malaysia
2-pek 200 gram -rm70 termasuk pos laju semenanjung malaysia.

biji benih alfalfa
biji benih alfalfa
zura tanam alfalfa (sila klik sini)




( SILA KLIK SINI UTK ALBUM JUALAN )