Followers

Thursday 30 August 2012

alkisah arnab bunting..MOON dapat 8 ekor anak..oye!!!


SILAMAT HALI LAYEEE!!!!eheee..inilah si MOON..Moon adalah pemberian dari
Lynn..dah bertahun juga moon bersama zura.ini kali ke2 moon beranak..
kali ni moon beranak pd hari raya!!8 ekor baby arnab.seronok tak terkata..
kali pertama dulu,ank2 moon hidup selama 4 minggu shj.mati akibat kena sergah dgn arnab bunting
yg tinggal bersebelahan sangkar mereka.waktu tu zura guna sangkar beli siap.jadi anak2 arnab boleh bolos ke sangkar sebelah..akibat kekurangan ilmu zura serta ditambah lagi kenakalan baby arnab..ehee..baby telah pergi melawat sangkar sebelah yg didiami seekor arnab bunting yg mmg garang..maklumlah..pembawakkan kotttt...:)
ada 3 baby waktu tu..dan ketiga2 nya kejang selepas disergah.tak sampai 10 minit,mereka terus mati..
sedih zura waktu tu,dan selepas kejadian tu,terlalu susah utk zura kawinkan moon kembali..
moon tak mahu dikawinkan.bila berjaya dikawinkan...bunting palsu pula.kalau tak silap zura..
dlm 3 kali moon bunting palsu..hampir2,zura putus asa..
tiba2...wahhh!!8 ekor..mahu tak terkejut zura..alhamdulillah..semoga arnab2 moon kali ini berjaya
dibesarkan..asyikkkk..eheee..
tambah memudahkan..moon menyusukan sendiri anak anaknya..tugas zura,hanya pantau
pemakanan moon dan pastikan setiap pagi,perut anak anak arnab dimestikan buncit..
buncit tu tanda,baby dah kenyang menyusu..kalau kempis,itu tanda perlukan bantuan..
makanan moon,zura pastikan akan sentiasa ada.dan bonus untuk moon...zura bagi moon makan
alfalfa lebih2..semoga susu moon semakin banyak banyak dan banyak..
air minum pula zura campurkam em4,utk tingkatkan tahap kesihatan moon dan
utk mengurangkan bau busuk..kih3 kesian lak jiran2 kena hidu bau tinja arnab nanti..
zura sangat2 mengharap anak2 moon berjaya membesar bagai juara...maklumlah..
dah lama zura tungu ni...kih3...oye!!!!!



Saturday 25 August 2012

contoh sangkar guna auto nipple drinker

blok sangkar ni,menggunakan auto nipple drinker di sebelah belakang..
pemasangan nipple dari depan sangkar.

dua blok sangkar ni,berkongsi 1 tangki.hanya sambungkan
dari blok sangkar ke sangkar yang lain..mudahkann..

disyorkan guna bekas nampak dalam.mudah nak pantau kehabisan air..

penyambung tangki ni,zura gunakan tubeless..hehe
jimattt...

sambungkan tiub menggunakan penyambung T..

penamat tiub..zura bakarkan hujung tiub sahaja..
bertambah mudah..

sangkar ni,zura pasang nipple disebelah belakang..
lebih kemas..tak mengganggu pandangan depan.

ni dari posisi belakang..cuma sambung2 je..

contoh penyambung tangki.

gp zura pon guna auto nipple drinker..

zura pertama kali mandikan gp

ini kisah realiti zura,tidak pernah memandikan gp.selalu zura cuma spray guna bengy shampoo spray je.
gp yg ni pemberian dari puan ayuti.puan ayuti memang selalu memandikan gp.
ini yang merisaukan zura..camna yer.??zura tak pernah mandikan gp..
dipendekkan cerita..zura panggil lah seorang kawan ni..SIDDIQ...hehe
siddiq ni ternak gp juga.tinggal berdekatan je dengan rumah zura.
dialah yang bantu zura mandikan gp.guna shampoo lagi tau..wangi....
selepas mandi,terus dilapkan sehingga kering,menggunakan kain.
untungkan ada kawan2 sama hobi tinggal dekat2 ni..lagi2 yang suka membantu...
terima kasih siddiq...:)
sekarang zura dah berani mandikan gp sendiri..hasil tunjuk ajar dari siddiq...
tqtqtq kawannnn...



arnab untuk dijual

arnab2 comel utk dijual bagi mengurangkan bilangan arnab..dah banyak sangat ni..
antara baka : mix angora,nd dan lop.ada baby dan kebanyakan adalah induk.
anggaran harga dari rm25 ke rm250.boleh datang ;lihat dulu.
hubungi :0166778860
lokasi :jln tarmizi/jln haji tarmidi,kpg rantau panjang,klang.


















Thursday 16 August 2012

geng2 hotel arnab sempena aidilfitri

assalamualaikum wbt...agak lama juga zura tak ziarah blog ni..maklumlah..bulan puasa,raya dah nak sampai.
zura pun mulalah menyibukkan diri sendiri..hehe..padahal..tak sibuk mana pun..suka perasan sibuk je..ngehhhh..
seperti biasa,bila menjelang raya,zura akan mengambil upah menjaga arnab bagi mereka2 yang ingin pulang ke kampung.
bagi mengubat kerinduan tuan2 arnab,zura kongsikan gambar2 geng hotel arnab di sini..arnab2 ini akan menggunakan auto nipple drinker utk memastikan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.secara tak langsung,memudahkan dan
menjimatkan masa zura menjaga mereka.alfalfa dan timothy hay pula,zura dah ikat awal2...hehe..sbg langkah,memudahkan dan memastikan arnab2 akan memakan hay sampai habis(tak lah habis bersepah)..~~zura memang bijak(takda yg nak puji,zura pujilah diri sendiri..eheee) buat kawan2..terima kasih tak terhingga kerana,sentiasa menyokong zura..insyaallah..
zura akan pikul tanggungjawab ini dgn sebaik mungkin..dan dari masa ke masa,zura akan sentiasa memikirkan yg terbaik kepada yang lebih baik khas buat arnab2 di bawah jagaan zura..andai ada sebarang kekurangan,diharap tegur2 lah ya..
insyaallah..dengan teguran2 ikhlas akan lebih memantapkan ilmu zura yang masih tak berapa nak pandai ni..terima kasih terima kasih terima kasih...sekian dari zura...assalamualaikum wbt....
SENYUM ITU SATU SEDEKAH.. kih3.....senyummmm :)