Followers

Thursday 4 December 2014

arnab dalam kenangan

    KENANGAN YANG LAMA MENJELMA..INGATANKU PADAMU MENYALA NYALA...
hari ni terjumpa pula gambar arnab ni..kenangan sungguh..walau badan kecil dia tetap aktif dan sering rebut makanan di mulut adik beradiknya ..padahal dalam mangkuk banyak je lagi..saya gagal utk membesarkan dia..lumrah kita membela benda hidup..sampai masa akan mati..sob sob sob

si kecil berjaya merebut alfalfa dari si bulat..

berbeza kan saiz badan mereka berdua..
kiut sungguh arnab yang  kecil tu..


      ini video mereka sedang menyusu..si kecil hilang dari pandangan,sebab berada di bawah ibu..


buat masa sekarang, saya tiada arnab untuk dijual ya, yang ada sekarang semua untuk saya bela sendiri sahaja..adalah dalam 20 ke 30 ekor...hihihi..stok untuk saya simpan dan main² sendiri sahaja..
bagi rakan² yang berhajat nak memiliki dan membeli arnab, boleh cuba lihat di page facebook saya..ada pautan di sebelah kanan blog ini.. GENG ARNAB LIPUTAN KLANG <<--- atau klik sini sahaja ya..
lihat pada nama yang "like" atau komen di sana..mana² yang menggunakan nama berunsurkan rabbit atau agro...tanyalah pada mereka,biasanya mereka ada arnab untuk dijual..
seperti nama :
  Rawang Rabbitry (rawang) , My AgroTech (cheras) , Jaibon Rebbit Type R (rawang) , Adam Adamz Rabbitz (telok Gadong,klang) dan lain² lagi...



Thursday 6 November 2014

#arnab #rabbit Dezerin

 arnab kali ini milik saudari Dezerin dari gombak..ini pertama kali dezerin menerima kelahiran baby arnab..tahniah!!pasangan arnab yang diberi nama Ariana dan Bobby..kelahiran pada 7hb oktober 2014.
sebanyak 8 ekor anak-anak arnab..teringat zura masa mula-mula dulu dapat 2 ekor sahaja baby..
paling best baby arnab dezerin ini warna warni..macam-macam warna ada..zura tengok pun ceria je..hehe
alhamdulillah 7 ekor berjaya membesar.seekor mati.takda rezeki nak buat camna kan..
baby arnab masa baru lahir,togel je hehe
banyakkan...macam longgok je
tapi masa nilah best,hari-hari nak tenung tengok dia
membesar..sanggup duduk berejam depan sangkar..

itu ariana masa hampir melahirkan..
banyak bulu yang dicabut..
yang seekor itu gambar baby yang mati..waktu umur 3 minggu
baby arnab yang lain tu tengah syok makan alfalfa
yang tengah jilat kaki tu bobby..
anak-anak arnab ini genap sebulan lah besok..
comel kan..comfirm bulu lebat ikut ibu dia..
yang atas tu gambar sebelum beranak...
yang bawah,dah jadi sebuah keluarga hehe
syok!!!


Friday 10 October 2014

TEMPAHAN SANGKAR HAIWAN KESAYANGAN: tempahan sangkar arnab dan guinea pig

TEMPAHAN SANGKAR HAIWAN KESAYANGAN: tempahan sangkar arnab dan guinea pig: <<---klik sini untuk gambar... rak serta sangkar 3 pintu..tempahan puan dezerin dari gombak.. comelkan arnab ni??kontot je..hihi lorhhh nape gigit kaki..ni ..

Wednesday 8 October 2014

arnab mini rex beranak

hai...hihi assalamualaikum dan salam sejahtera...rindu banget dengan blog , berkurun lamanya saya sibuk dengan anak² ..ya allah..alhamdulillah.. dapat juga hari ni curi masa sikit..
terima kasih tak terhingga sudi singgah blog zura ye  ♥☻♥☻♥☻
sebelum ramadhan tempoh hari saya dah kurangkan bilangan arnab²..dan berbulan jugalah arnab tidak dibiakkan.. kini tinggal sikit je..dannnn hari ni zura tergerak hati nak mencoret disebabkannnnn hehehe
arnab saya beranak!!!!!!! ini adalah kelahiran pertama setelah bercuti panjang...seronoknya...rasa macam masa mula² dulu dapat baby arnab..hehehe
nak tengok gambar arnab tak??hihi comfirm comel! sebab ini antara arnab kesayangan saya..kalo tak sayang,saya dah jual tempoh hari ☻☻dan ini adalah kelahiran pertama dari arnab ini..baby rabbit saya comel² tau... ☻☻
mereka lahir pada 2 okt tempoh hari sebanyak 5 ekor..tapi hari ni seekor mati.disebabkan pintu sangkar terbuka dan sekor tu dah jatuh ke tanah malam tadi..takda rezeki..yang 4 ni jaga betul²...
walaupun ini kelahiran kali pertama,ibu arnab ini pandai menyusukan baby..hebatt..memudahkan kerja zura..
waktu bunting zura bagi ibu arnab makan pallet cargill dan alfalfa hay..♥♥♥♥♥
NOT FOR SALE hokkey...hihi kbai




comel kan baby rabbit zura??hahaha
baka mini rex
baby yang sekor tu kurus sikit..
masih dipantau..

mak baby arnab ni pun comel kannn??hihi
sayang tau..mmuahhhh


Thursday 12 June 2014

baju marmut cute

kali ni nak share, baju baru pula...zura beli baju MARMUT CUTE ☺☺
Marmut cute adalah nama sebuah group di facebook yang menghimpunkan penternak dan pencinta tikus belanda berkongsi pengalaman dan permasalahan berkaitan tikus belanda atau lebih dikenali guinea pig ♥♥
murah je zura beli, sehelai cuma rm15 sahaja untuk size dewasa, untuk kanak² lebih murah rasanya..
zura beli baju ni dari sahril banting..tqvm boss


inilah bajunya ♥ Marmut cute ♥
ada pelbagai warna tau.
cantik!!
terima kasih sahril & nisa ☺
bergaya dgn baju MC!! ekekeke
ILHAM-ank kpd sahril banting,dah tentulah dr banting :)
NABILA & FIEZA-dari kulim
IKA- yg ini ank saya ehehehe
EJAY- dari JB
ZENT & POJI -zent dr sabah tp tinggal di klang,
poji dr klang tp bekerja di kulai,johor.
MIZI - mizi ckp dia malu nk tunjuk muka,so tunjuk gp lah ehehe


sekian,terima kasih... :)











Wednesday 30 April 2014

sangkar #arnab dah bertukar

yeayyyyy!! sangkar arnab dah bertukar yang baru...hehehe tapikan, yang sebenarnya zura lebih sukakan yang lama..sebab dia warna PINK..kih3  tapi nak buat macam mana kan..sangkar tu dari besi,mudah karat dan dah patah...kalau lah sangkar yang baru ini boleh bertukar kepada pink atau purple kan best...
tak apa lah... janji sangkar tak karat dan patah dah..

tarraaaa sangkar  arnab baru hehe yang kat bawah tu,
zura letak arnab...yang kat atas zura letak guinea pig..

ada dua..belum siap kemas lagi..
nampak sangat tak sabar...kih3
yang lagi satu tu nak alih ke belakang..
tak nak penuh sangat depan rumah..

sob sob sob... ini sangkar pinky zura..
yang paling zura suka..
kena terima hakikat, ia terpaksa dilupuskan..
huwaaaaaa

ada dua warna.. satu pink dan 1 lagi purple..
yang purple ni zura tak berapa suka..hahaha
yang ni pun kena lupus gak..
berat deh mengangkatnya...

Tuesday 29 April 2014

#rabbit - di mana ada kemahuan di situ ada jalannya - usaha tangga kejayaan

  saya sangat menghargai dan berterima kasih atas kunjungan rakan² baru atau lama ke rumah mahupun ke blog..kerana kunjungan kamulah yang membuat saya terus kekal di sini..baru² ini ada kunjungan rakan arnab baru ke rumah,beliau dari kajang..bermula dari kunjungan di blog ini,kemudian dalam talian dan seterusnya hadir di depan zura..zura seronok bila,dia kata ingin memulakan penternakan arnab.
bila dapat kawan baru sama hobi mahu tak seronok.. sembang berejam,tak ingat...hehehehe
beliau sudah sedia maklum tentang baka² arnab yang pure mahupun mix..ini menandakan beliau memang rajin research..paling zura terkejut bila beliau mengeluarkan sesuatu dari kereta.. jeng jeng jeng...ini adalah pertama kali zura melihatnya...sebuah buku...kih3.. ehhhh silap,berbuah buah buku...yang beliau sendiri printscreen dari ke semua blog² arnab yang ada.huhhh rajin sungguh dan bersemangat... cayalahhhh.. katanya untuk kegunaan beliau sendiri..bila duduk² tengok tv tu boleh belek².baca sambil kongsi dengan anak².

paling tebal copy dari blog tn hj ismail, taman arnab bukit badong.hehehe
kau hado??? kalau zura memang takda...
berusahalah selagi mampu...

terima kasih atas sokongan...MAJULAH ARNAB.. hihihi peace no war..bye..assalamualaikum wbt

Tuesday 28 January 2014

ekor arnab tercabut

  hai assalamualaikum wbt..selamat petang...lama dah saya tak conteng² kat sini ya..
zura melupakan diri sekejap..hihihi terima kasih ya,buat rakan² yang sudi singgah..
kali ini zura nak cerita tentang seekor arnab ni yang tak ada nama tau..pening dah,tak larat nak bagi nama..nanti sendiri lupa..hahaha..
  sedang zura ronda² di sangkar arnab,ternampak lak ada bulu dalam sangkar tu..ingatkan arnab nak beranak..tapi tengok sejemput je bulu nya..bila dah ambil..O.o ini ekor arnab..haish..zura tengok arnab tu..ade je ekor dia..ermmm dari mana pula datang ekor ni..
   jadi zura bandingkanlah warna ekor arnab tu,dengan siapa yang boleh match..taraaa...jiran sebelah sangkar dia...huhhh risau rasanya..cek ekor dia..memang takde ekor..hihi..cian dia..mesti kawan sebelah yang tarik ni..setiap hari zura perhatikan dia..takut² dia bermasalah nanti..tapi sekarang dah lebih seminggu rasanya..okey je dia..sihat dan aktif..maybe okeylah tu kan..makan pun macam biasa saja...
pssst..hati² ya..jangan jadi mcm arnab zura...
kesian dia hilang ekor..mesti sakit masa putus tu..


inilah ekor arnab yang zura jumpa tu

ekor tu kepunyaan arnab ini..kesian dia..

comel kan dia..berjambul..hihi

setakat ini arnab ini aktif saja..
mudah²an tak ada pape lah ye..