Followers

Wednesday, 30 April 2014

sangkar #arnab dah bertukar

yeayyyyy!! sangkar arnab dah bertukar yang baru...hehehe tapikan, yang sebenarnya zura lebih sukakan yang lama..sebab dia warna PINK..kih3  tapi nak buat macam mana kan..sangkar tu dari besi,mudah karat dan dah patah...kalau lah sangkar yang baru ini boleh bertukar kepada pink atau purple kan best...
tak apa lah... janji sangkar tak karat dan patah dah..

tarraaaa sangkar  arnab baru hehe yang kat bawah tu,
zura letak arnab...yang kat atas zura letak guinea pig..

ada dua..belum siap kemas lagi..
nampak sangat tak sabar...kih3
yang lagi satu tu nak alih ke belakang..
tak nak penuh sangat depan rumah..

sob sob sob... ini sangkar pinky zura..
yang paling zura suka..
kena terima hakikat, ia terpaksa dilupuskan..
huwaaaaaa

ada dua warna.. satu pink dan 1 lagi purple..
yang purple ni zura tak berapa suka..hahaha
yang ni pun kena lupus gak..
berat deh mengangkatnya...

3 comments:

  1. Wah dah bertukar ke aluminium, saya pun dah mula bertukar ke plastik & aluminium. Besi mudah karat rasa rugi plak semua aset besi kena lupus timbang kilo ja hahaha

    ReplyDelete
  2. iye..rugi guna besi..asyik patah saja..kan best kalau alluminium ada warna pink..hehehe adehh

    ReplyDelete
  3. Nak tanya utk tempahan Rak Aluminium bertingkat 6 bilik kena bayar berapa? satu lagi complete set ke? maksud saya skali dgn bekas makanan yg auto fill & auto niple drinker?

    Saya baru je berjinak dlm membela arnab ini... untuk anak2 bermain..

    ReplyDelete