Followers

Sunday 9 September 2012

arnab zura suka makan dedaun semulajadi - video

dari mula berjinak dgn arnab.zura sgt2 suka bagi arnab makan tumbuh tumbuhan.bagi zura ,
pallet hanya makanan segera bagi penjimatan dan memudahkan penjagaan arnab.
lagi2 bagi yang membela di kawasan bandar,mana nak cari
daun2 setiap hari.jalan mudah dan jimat adalah bagi pallet je..
zura tinggal di kawasan kampung,jadi 1 bonus buat zura,sebab mudah nak dapat
tumbuh2an.keliling rumah pon dah byk pokok2..dulu2 zura biasa bagi,daun pisang,
daun pegaga,daun mulberi,daun israel,daun bayam,daun napeir,daun betik dan banyak lagilah..
semua yang tanam sendiri,tak pernah beli.jiiimattt..
tetapi daun2 ni semua dijemur pd cahaya matahari sebentar,
kemudian barulah zura beri arnab makan.ia bagi memastikan kandungan air dan getah berkurangan.
terlebih air dan getah,boleh merbahayakan kesihatan arnab.takut cirit lak.
tapi sekarang...bila dah banyak2..tak larat pula asik nak petik daun..
terasa juga lah penatnya....
kini zura telah beralih kepada hay..zura gunakan alfalfa dan timothy hay.
tapi yang ni guna duit..hehehe
kawan2 boleh dapatkan hay di mana2 petshop berhampiran..
hay sangat bagus utk proses pembesaran, melawaskan sistem penghadaman arnab,
membantu dalam permasalahan bilu arnab dan juga bagi mengasah gigi arnab.
zura berikan 3 hari sekali shj..ikutkan hati,nak je bagi setiap hari..tapi poket lak tak mampu..kih3
bagi anak2 arnab zura berikan alfalfa hay. tapi bagi umur 3 bulan ke atas,zura berikan timothy..
zura akan ikat hay2 sebelum diberikan pada arnab.taklah habis terabur .






ibu arnab makan alfalfa hay sambil menyusukan baby rabbit...sila klik utk lihat video

1 comment: