Followers

Sunday 20 January 2013

listen listen listen ARNAB SAKIT

assalamualaikum wbt..dah lama zura tak update blog..sangat sangat rindu sebenarnya,tetapi tiada idea..kikiki.. pertama sekali,zura tak suka mengajar ,maklumlah..zura bukanlah pandai sangat,tetapi zura suka berkongsi..disebabkan itulah wujudnya blog ini..untuk berkongsi kegembiraan dan apa saja kisah arnab zura.kali ni zura nak kongsi tentang seekor arnab..cukoplah sekor kan..tak habis kalau nak cerita ber ekor ekor.. arnab ini adalah milik seorang kawan,baka Teddy Bear..bulu dia perghhhh panjang dan lebatttt...telinga dia pendek dan penuh bulu,tapi badan dia bersaiz kecil sahaja.kalau saiz besar tu bukan teddy bear tau..itu lebih kepada angora...arnab ini dititipkan di bawah penjagaan zura..(terima kasih kerana memberi zura peluang ini) alkisah arnab ini sangat sangat sangat lah kesian dengan tahap kesihatan dia..pertama sekali dia ada kurap,ini mudah sahaja,zura bagi injection ivermectin..selesailah..tapi dia ada masalah cirit lagi,zura berikan dia ubat cirit..selesailah..dan satu lagi masalah.. dia ada sakit mata!!!! yeyyy!!inilah yg zura nak cerita arnab sakit mata...jommm tengok gambar dia

kesian kannnn...ini selepas zura cuci..
sebelum ni mata dia langsung tak boleh buka.mula2 zura
lapkan matanya menggunakan air suam,kemudian zura titiskan
antibiotik untuk mata.alhamdulillah..
lega rasa bila nampak dia dah boleh buka mata.
selepas tu zura gunting semua bulu di sekeliling mata dia.
akhir sekali zura sapukan krim mata..semua ubat2 ini zura dapatkan dari
klinik haiwan.

**pesanan utk kawan2,jika arnab anda sakit,
silalah bawa mereka ke klinik haiwan dengan segera.
doktor2 disana lebih arif.jangan dibiar mereka sakit..kesian tau.
ianya adalah tanggungjawab kita
sebagai penjaga mereka.



alang2 dah rawat zura groom lah sekali..
tengok bulu dia. sekali tarik je.penuh satu sikat.


antara punca arnab sakit mata :
 -cuaca terlalu panas
-jangkitan kuman
-bulu memasuki mata
-air kencing arnab juga boleh menjadi punca arnab sakit mata,
jadi...jgn sampai air kencing itu bertakung terlalu banyak ye..
rajin rajinlah cuci tray.atau kawan2 boleh
letakkan serbuk2 kayu/bedding
(boleh beli di petshop) di tray arnab.

sama samalah kita menjaga kesihatan haiwan belaan kita.
sayangilah mereka..peace..
assalamualaikum..bye bye..
kita jumpa di lain post ya..
tqtqtq







1 comment:

  1. Nak tanye ubat yg awk beli tu awk beli dekat mne yee

    ReplyDelete