Followers

Monday 21 October 2013

CERITA ARNAB ZURA

assalamualaikum semua..terima kasih buat semua rakan-rakan yang tak jemu-jemu singgah ke sini..
kali ini kan,saya nak cerita pasal seekor arnab free..ehehe..baru ingat nak update blog, bertanyakan siapa yang hendak kan arnab ini..tapi tak jadi..
cerita nya begini..saya ada seorang regular customer,dia seorang warga thailand,bernama mr. Anirut..selalu dia akan dapatkan bekalan makanan arnab dari saya..tapi tempoh hari mr Anirut call saya,katanya dia dah nak balik ke thailand.tak datang ke sini lagi..so dia nak bagi arnab dia kepada zura..gulp..mr. Anirut ni cuma bela sekor je tau..terus terang zura memang tolak..sebab biasa yang bela sekor-sekor ni,arnab tu manja..dah biasa dibelai..manalah zura mampu nak layan arnab tu macam tuan asal yang bela..kalau zura terima kesian sangat pada arnab tu..tapi mr. anirut tak tahu nak beri pada siapa? so,zura minta izin dari dia,kalau zura ambil,boleh tak arnab tu zura berikan pada orang lain yang boleh jaga sebaiknya.dia cakap boleh..bila dah ambil, itu yang zura fikir nak tanya di blog kot-kot ada orang yang sudi jaga arnab ini..
tapi siang tadi datang seorang rakan baru,membeli makanan arnab,namanya kak ayu..katanya kawannya baru bagi dia 2 ekor arnab betina.sembang-sembang,rupanya zura kenal rakan yang beri arnab pada kak ayu tu..Jun..seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di port klang..TERIMA KASIH JUN,KERANA REKEMEN ZURA...muahhhh!..ehehe..jadi zura offer lah arnab mr.anirut ni pada kak ayu...yeay!!!kak ayu setuju nak jaga..mr. anirut bukan bagi arnab je tau..dia bagi sangkar,makanan dan semua kelengkapan arnab tu..dan kesemua barang tu jugalah,zura berikan pada kak ayu..semoga arnab ini bahagia bersama kak ayu..kak ayu adalah pemilik restoran sri rahayu, di batu 5 3/4,jalan meru..kalau zura ke meru,insyaallah zura singgah makan-makan di restoran kak ayu..keh3.

inilah arnab mr. Anirut yg kini dah jadi milik kak ayu..arnab ini pandai tau..
zura hala kamera saja,dia terus duduk diam..bijak!!
putih bersih,kalau zura jaga..comfirm hilang putih tu..ehehe

yang ini arnab boarding..tuannya balik kampung beraya..
comelkan..gemuk tau..perut buncit je..
suka zura tengok gelagat baby arnab ni..
tak tahu duduk diam... kih3

pic 1- gambar sangkar di depan rumah zura..
zura selalu intai arnab-arnab ini ikut tingkap..ehehe
pic 2- zura nak bagi tahu sekarang ni hay,pallet cargill 8012 dan pallet ffm goat
semua habis dijual..hehehe..insyaallah besok atau lusa,
sampailah stok baru..apapun call zura dulu ya...
pic 3 & 4 - itulah buah hati zura..anak-anak zura..
alhamdulillah...2 orang saja...
okey ini saja..jumpa lagi..assalamualaikum wbt...bye..

No comments:

Post a Comment